Tuesday, 26 November 2013

Cita-Cita Setiap Wanita :)

Bismillahirrahmanirrahim…

Keinginan terbesar bagi setiap Wanita adalah menjadi seorang isteri yang baik bagi suaminya. Yang pada akhirnya akan membawanya menjadi seorang Ibu dari anak-anaknya.

Itulah salah satu alasan bagi setiap wanita mengapa ia begitu merindukan apa yang disebutnya sebagai "PERNIKAHAN".

Merindukan seorang lelaki yang benar-benar punya komitmen yang jelas untuk menjadi Imamnya.

Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk memujinya.

Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk merayunya.

Ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk mengoratnya.

Dan ia sama sekali tidak merindukan seseorang yang datang hanya untuk mempermainkan hati dan perasaannya.

Akan tetapi,
Ia sangat merindukan seorang pemimpin yang mahu membimbingnya menjadi seorang Wanita yang boleh membawanya untuk menyempurnakan ibadahnya.

Yang mampu menjadikan dirinya menjadi seorang Wanita mulia di hadapan Rabbnya.

Yang mampu menjadikan dirinya menjadi seorang Wanita yang mengabdi kepada imamnya..

Monday, 11 November 2013

Ya Allah , banyaknya dugaan yg Engkau hadiahkan dalam masa aku dan badrul hisham melayari Cinta yang tak terikat ini. .
angan-angan kami , bernikah dalam tempoh 4 tahun dari sekarang . permudahkan segala urusan kami.... alhamdulillah , keluarga masing2 restui hubungan ni . . tp makin hari, makin tak kuat hati ni . . jujur, icang banyak berubah, dah tak pernah tipu aku, banyak berkorban untuk aku. . tp aku, selalu cari salah dia. pantang silap sikit. semua aku ungkit... tp dia sabar layan kerenah aku. . . dia anugrah terindah dalam hidup aku. terima kasih ya Allah ! aku hargai, aku bersyukur... mungkin kadang2 kita bergaduh, bergaduh teruk . . tapi kite tetap bersame... bila kita bhagia , terlalu bahagia. . ibarat baru hari kedua bercinta. . . indah kan cinta ni :) 

Thursday, 6 June 2013

C I N T A :)

Cinta
Pernah kutanya pada angin

Seperti apakah sebuah cinta…

Angin berkata, cinta bagaikan embun
Setiap pagi menyapa dengan sejuknya
Sekejap saja, namun hilang entah kemana

Cinta
Suatu saat kubertanya pada air

Seperti apakah sebuah cinta

Air berkata, cinta bagaikan sungai
Alirannya tak henti sepanjang masa
Namun entah mengalir kemana

Cinta
Pernah kujumpai seekor burung di udara

Kutanya tentang arti sebuah cinta

Ia mengatakan, cinta bagaikan memiliki sayap
Ada waktu dimana cinta harus hinggap
Namun suatu saat cinta akan terbang ke langit biru

Cinta
Ketika kujumpa taman bunga yang indah

Kutanya pada mereka, apa arti sebuah cinta

Bunga berkata, cinta seperti bunga mawar
Sangat anggun dan indah dilihat
Namun akan terluka jika kita tergores durinya

Cinta
Tiada satu hal yang dapat melukiskannya
Jika kita pernah merasakan indahnya cinta,

Bersyukurlah akan hal itu senantiasa
Jika kita pernah terluka oleh cinta, bersabarlah…
Karena akan ada cinta lain yang dengan akan menutupinya .

Wasiat :')

Wahai Manusia,dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan.Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini.Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia,sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci,maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu.Allah telah mengharamkan riba,oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dan dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti nya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia,sebagaimana kamu mempunyai hak keatas isteri kamu ,mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik,berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu yang setia.Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia ,dengarlah bersungguh-sungguh kata-kata ku ini,Sembahlah Allah,Dirikanlah solat lima kali sehari,Berpuasalah di Bulan Ramadan dan Tunaikanlah Zakat dari harta kekayaan kamu.Kerjakanlah ibadat Haji sekiranya kamu mampu.Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah bersaudara kepada Muslim yang lain.Kamu semua adalah sama,tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah,bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan.Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia,tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.Oleh itu wahai manusia,nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.Sesumgguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara,yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya ,nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya.Itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku menyampaikan pula kepada orang lain.Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.Saksikanlah Ya Allah bahawasanya telah aku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hamba mu.

(Khutbah ini disampaikan oleh Rasullah s.a.w pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijrah di Lembah Uranah,Gunung Arafah.)

Saturday, 23 February 2013

DiMana KataMu ? ?


Bila debunga cinta gugur layu terkulai , sepi menyelubungi hatiku yang kini melara !
Pudar bertambah masa , cinta semusim kita yang tak bisa bertaut kembali !
Telah aku menduga tiada indah mewangi hanya bersandiwara , berpura cinta dan peduli . .
Bukan membalas cinta yang lahir dari hati mu yang suci , cinta yang abadi !
Tak ku menduga mngapa bisa terjadi sebegini ?
Mungkinkah selama ini cinta kita bukan hati ke hati . . .
Di mana janjimu , katamu akulah milikmu abadi ?
Tak mungkin ini hanyalah semata mata sandiwara . ! !
Luka itu kehendakmu ! Mungkin nanti , satu waktu kau kan sesat hingga ke hayatmu !
Inginku hidupkan semula cinta kita , namun ia sia sia !
Datanglah ke dalam mimpiku , meneroka impian hatiku !
Moga kau tahu , Besarnya Cintaku , Tingginya Khayalku Bersamamu !
> Sekian !


Sunday, 18 November 2012

wahai lelakiku, kau perlu tahu !

kau perlu tahu . .  saat kau lepaskan aq dan menghancurkan hati aq, telah tertitip niat dihati untuk teruskan hidup tanpa kau. .  meskipun aq teramat mencintai kau. . . aq cuba dan terus mencuba, meski hari2 ditemani air mata. . .
wahai sayang ,
saat kau ingin kembali, aq menerimamu. .  kerana aq masih mencintai kau dan tak mampu teruskan tanpa kau. . pernah terlintas dan berdoa pada ilahi, kembalikan hubungan kita seperti dahulu , tapi hati ini kuat untuk meneruskan usaha dan menunaikan niat saat kau melangkah pergi tinggalkan aq. . 
sayang, jangan pernah bertanya andai aku mulai untuk berubah . .
sedarkah kau wahai cintaku , aq sedang belajar hidup tanpa kau walaupun kau kembali disisiku kini. . 
kenapa ? ? 
kerana aku yakin . . . 
KAU AKAN TINGGALKAN AKU LAGI NANTI. . 
dan saat itu . . .
AKU TIDAK AKAN IZINKAN KAU KEMBALI LAGI . . . 
kerana. . 
AKU . . > > > TELAH BELAJAR HIDUP TANPA KAU SEJAK KAU DISISI AKU LAGI. . .  :)

Saturday, 17 November 2012

aku anak sulong :)





SIFAT ANAK SULONG......

1) ANAK MANJA EMAK ♥

Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu.

2) ANAK DEGIL

Anak pertama dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai-ramai adik beradik dia aje yg betul. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan

3) TAK PANDAI PUJUK

Memang anak no 1 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia.

4) BERCINTA

Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban.

5) HITAM / PUTIH

Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi.

6) HATI

Anak no 1 ni juga nampak aje keras, tp hati dia lembut. Satu lagi perangai dia tak boleh ditegur.

7) BERDIKARI

Very independent. Memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care.

8) ARAHAN

Anak no 1 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang.

9) PEMAAF & CARING

Tidak dinafikan anak no 1 ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas jangan bagi diorang marah kalau diorang marah faham je lah.

10) PAKAIAN

Nak semua up to date. Semua nak kemas.






** Kenyataan num. 10 tuh tak berape nak tepat la.. aq selekeh sikit.. hahaa :D